

Salam. Pagi semalam saya menonton program kesukaan, Tanyalah Ustaz di TV9 jam 7.00. Topiknya kali ini Amalan Di Bulan Rejab yang dikendalikan Ustaz Zahazan Muhammed. Alhamdullilah, banyaklah info yang saya perolehi. Tapi paling menarik perhatian bila ustaz turut menyelitkan tentang silahturahim. Katanya: "Sehebat mana amal ibadah yang dilakukan seseorang hamba Allah itu, tetap dianggap 'muflis' oleh Allah (antara lain maksudnya: tidak diterima) jika dia memutuskan silahturahim sesama manusia terutama dengan keluarga sendiri. Bahkan, pemutus silahturahim diharamkan kakinya masuk ke syurga. Bukan itu saja, bauan syurga pun tidak dapat dirasainya juga! Demikianlah, betapa Islam amat mementingkan hubungan silahturahim. Pun begitu, ramai antara kita yang seakan mengambil sikap remeh mengenai hal ini. Mulut saja kata maaf, tapi hakikatnya dalam hati... dendam sampai ke mati! Berkenaan dengan topik silahturahim juga, teringat saya dengan pesanan dari Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah: "sebelum tidur, kita harus memaafkan setiap orang yang melakukan kesilapan kepada kita dan sentiasa memohon doa yang baik-baik untuk mereka." Ya! Itu yang saya pratikkan selalu. Alhamdullilah, jiwa saya terasa amat tenang sekali. Saya juga teringat pesanan arwah mak, "biar orang buat kita, asal kita jangan sesekali aniaya orang..." Begitulah... Mmm... baru-baru ini juga, tanpa sengaja saya telah membuka Facebook milik seorang teman lama yang sebumbung waktu kerja di Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) sekitar tahun 1987 - 1996 (di Jalan Pantai Baru dan berpindah ke Bangsar Utama). Agak lama kami tidak bertemu. Adalah mungkin berbelas tahun lamanya. Terperanjat lihat wajahnya yang sudah berubah. Iyalah masa bersama dulu, kami masih muda dan kini masing-masing dah berusia! Anak pun dah besar panjang. Berborak sakan kami dalam chat box. Rakan-rakan yang seera kami pun rupanya turut serta dalam Facebook. Apalagi, meriahlah macam zaman kami dulu-dulu! Bezanya sekarang, masing-masing dah jadi mak bapak kepada anak-anak yang dah meningkat dewasa! Tak sangka, pertemuan kami berlaku dalam alam maya! Kira berguna jugak la IT ni.. siapa sangka, rakan yang dah terpisah berbelas tahun kembali menyambung silahturahim yang sudah sekian lama terputus. Dalam dok ghairah bersembang, si kawan tadi memberikan nombor hp kekawan kami yang lain... dan salah seorang daripadanya memang agak rapat dengan saya dulu. Saya yang begitu teruja terus bersms dengannya. Terasa rindu benar kerana kali terakhir bertemu dengannya pun sekitar tahun 1995. Konon-konon nak buat kejutan dengan harapan dia juga terkezutt kemunculan saya semula . Namun saya hampa... sehingga hari ini, dia langsung tidak membalas mesej saya itu. Saya cuba berprasangka baik dengan menyatakan mungkin dia tidak lagi menggunakan nombor ini lalu meminta kepastian pada si kawan tadi. Namun jawapan yang saya terima cukup buat saya rasa terkejut. Dia masih menggunakan nombor itu kerana mereka saling berhubung. Bermacam perkara yang berlegar di kepala. Kenapa, mengapa, apa... saling bercampur baur. Fikir punya fikir, barulah saya teringat yang kami ada sedikit salah faham dulu. Seingat saya, saya sudah pun memohon maaf kepadanya. Selepas dia berkahwin dan berpindah ke tempat lain, kami terus terputus hubungan hinggalah sekarang. Tak sangka, api kemarahan terhadap saya rupanya tak pernah padam, sedangkan saya tidak pernah ingat apa-apa lagi! Saya ni jenis manusia tidak gemar memperbesarkan perkara yang saya anggap terlalu remeh dan sewajarnya diurus secara profesional. Apatah lagi setelah sekian lama terpisah. Semua tu dah pupus dari ingatan. Nak buat camna?? Saya terima saja seadanya. Bermula malam itu hingga sekarang, sebelum tidur saya akan mendoakan yang baik-baik untuk kawan saya seorang ni... dengan harapan agar hatinya kembali cair, sejuk, lembut dan terbuka menjalinkan semula silahturahim kami...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.