

Salam. Esok 21/06/09, seluruh dunia menyambut Hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada bapa2 sekian! Hari bapa & ibu membuatkan hati saya sebak teringat kedua ibu bapa yang tiada lagi. Sebenarnya, perkara yang paling tidak saya gemari apabila bercerita tentang mereka kerana ia mudah membuatkan hati tersentuh dan menitiskan airmata. Bukan itu saja, ia turut membabitkan orang disayangi atau orang yang saya kenal rapat. Cukup tragis dan saya akan ambil masa untuk menerima hakikat pemergian mereka. Bukan tidak redha tetapi bagi saya sukar menerima berita kehilangan orang yang begitu rapat dengan kita. Saya bukan saja kehilangan bapa dan ibu, malah turut kehilangan adik lelaki bongsu pada 03/01/2005. Bayangkan satu ketika, kesemua ahli keluarga berkumpul menikmati hidangan semasa di bulan Ramadan atau majlis tertentu, kini mereka sudah tiada di sisi. Rumah yang dahulunya riuh rendah dengan suara gelak ketawa, tangisan, pergaduhan adik beradik, kini sepi..... Sesekali apabila menatap album-album lama, rupanya banyak perkara yang saya tidak sempat lakukan semasa arwah bertiga masih ada. Banyak impian yang ingin saya lakukan untuk mereka tidak tercapai. Oleh itu, saya nasihatkan kepada anda semua yang masih ada ibu bapa atau ahli keluarga, berbaik-baiklah. Belum terlewat untuk kita memohon maaf jika ada kesilapan yang kita lakukan kepada mereka. Jika ada impian yang ingin dilakukan, lakukan sekarang kerana masa begitu singkat! Ajal maut tidak mengira masa dan sedar atau tidak masa tidak pernah menunggu kita... pantas saja ia berlalu tanpa sedar! Seperkara lagi, usahlah kita menanti kedatangan hari ibu atgau bapa barulah nak beri penghargaan. Sewajarnya hari ibu dan bapa perlu disambut setiap hari kerana semasa kita dilahirkan mereka menjaga kita setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun..... tak pernah merungut atau menunggu hari istimewa! Tidak ada makna jika sudah kehilangan mereka barulah kita tersedar tentang apa yang berlaku masa lalu........... semuanya tidak bererti lagi........ AlFatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan dunia ini.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.