Selasa, 23 Jun 2009

HARGAI LA BAPA....

Hari minggu pd 21/06/09, saya asyik tonton tv. Sepanjang hari asyik bercerita tentang bapa.. bapa itu.. bapa ini... hati makin sebak... teringat arwah ayah yang meninggal dunia pada 24/08/1985 lalu kerana terbabit dalam kemalangan jalanraya iaitu sehari umat Islam nak sambut raya aidil adha. Kesian adik bongsu saya tika itu baru berusia 8 tahun. Dia memang rapat dengan ayah... tika rakan sebayanya seronok bercuti sekolah ke kampung bertemu datuk dan nenek, dia pula menghabiskan cutinya dengan tangisan meratapi pemergian ayah! Mak tika tu, usah cakap. Tiap kali ada tetamu yang datang, dia pasti menangis, menangis...sampai naik bengkak mata. Saya? Tak tahu kenapa saya pun harus menangis, rasa sedih, bersalah, marah pada diri sendiri dan.. dan.. arggh... sedangkan saya patut gembira.. itulah hakikat yang saya rasa.... Sekarang ni, terasa terkilan semakin membuak kerana sepanjang hidup saya tak pernah sekalipun saya ucapkan terima kasih atau sayang kepada ayah! Malah, tidak pernah sekalipun juga saya mencium tangan ayah! Saya sendiri kurang pasti kenapa saya tidak begitu mesra dengan ayah. Kekadang hairan melihat kekawan atau orang lain begitu mesra dan akrab dengan bapa masing-masing. Boleh cium tangan dan berpelukan... Bergurau senda macam kekawan.. Adakala saya rasa cemburu dibuatnya... Mungkin sejak kecil, kami adik beradik tidak pernah dididik berbuat begitu... Saya akui, saya bukan anak yang baik... sepanjang hayat arwah, saya sering menyakiti hatinya. Tak pernah saya dengar cakap arwah sekalipun arwah memang terkenal seorang yang sangat garang! Kalau arwah dah mengamuk, kami adik beradik pakat2 menyorok kat mana yang selamat, pasal takut kena bantai. Sepanjang hayatnya juga, saya tidak pernah menghargai apa yang arwah buat untuk kami beradik. Semuanya buruk, memalukan, ntah apa2.... tapi bila arwah dah tak ada, barulah kami sedar itu semua... tapi apa guna? semuanya sudah terlambat! Sekali lagi saya ingatkan kepada anda yang masih mempunyai ayah, hargailah mereka... lakukan apa yang nak anda lakukan.. jangan tunggu selepas dia tiada barulah kita menyesal tak sudah.....

Sabtu, 20 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA!!!!

Salam. Esok 21/06/09, seluruh dunia menyambut Hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada bapa2 sekian! Hari bapa & ibu membuatkan hati saya sebak teringat kedua ibu bapa yang tiada lagi. Sebenarnya, perkara yang paling tidak saya gemari apabila bercerita tentang mereka kerana ia mudah membuatkan hati tersentuh dan menitiskan airmata. Bukan itu saja, ia turut membabitkan orang disayangi atau orang yang saya kenal rapat. Cukup tragis dan saya akan ambil masa untuk menerima hakikat pemergian mereka. Bukan tidak redha tetapi bagi saya sukar menerima berita kehilangan orang yang begitu rapat dengan kita. Saya bukan saja kehilangan bapa dan ibu, malah turut kehilangan adik lelaki bongsu pada 03/01/2005. Bayangkan satu ketika, kesemua ahli keluarga berkumpul menikmati hidangan semasa di bulan Ramadan atau majlis tertentu, kini mereka sudah tiada di sisi. Rumah yang dahulunya riuh rendah dengan suara gelak ketawa, tangisan, pergaduhan adik beradik, kini sepi..... Sesekali apabila menatap album-album lama, rupanya banyak perkara yang saya tidak sempat lakukan semasa arwah bertiga masih ada. Banyak impian yang ingin saya lakukan untuk mereka tidak tercapai. Oleh itu, saya nasihatkan kepada anda semua yang masih ada ibu bapa atau ahli keluarga, berbaik-baiklah. Belum terlewat untuk kita memohon maaf jika ada kesilapan yang kita lakukan kepada mereka. Jika ada impian yang ingin dilakukan, lakukan sekarang kerana masa begitu singkat! Ajal maut tidak mengira masa dan sedar atau tidak masa tidak pernah menunggu kita... pantas saja ia berlalu tanpa sedar! Seperkara lagi, usahlah kita menanti kedatangan hari ibu atgau bapa barulah nak beri penghargaan. Sewajarnya hari ibu dan bapa perlu disambut setiap hari kerana semasa kita dilahirkan mereka menjaga kita setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun..... tak pernah merungut atau menunggu hari istimewa! Tidak ada makna jika sudah kehilangan mereka barulah kita tersedar tentang apa yang berlaku masa lalu........... semuanya tidak bererti lagi........ AlFatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan dunia ini.........

Khamis, 18 Jun 2009

AMALAN BANGUN PAGI

Salam. Saya akui, dulu saya ni bukanlah jenis yang suka bangun pagi. Kalau bangun pun sekadar nak solat atau kerana nak ke opis. Itu pun kalau opis jauh.. terpaksa gagah gak bangun pagi2 walaupun mata tu setengah tiang mengantuknya. Dalam bas, apalagi saya bantai tido balik. Sambung mimpi yang terencat tadi. Kalau opis dkat kat ngan umah (masa kerja kat Bangsar dan Sunway dulu), peh! Jangan haraplah! Abis je solat terus terbungkus dalam kain selimut! Kalau cuti minggu apalagi... Selagi jam tak tunjuk angka 11.00 pg, saya masih terlentang kat katil! Teringat saya kala peristiwa tsunami pd 26/12/2004. Sebelum tsunami, berlaku gempa bumi sekuat 9.7 skala ritcher. Gempa ini turut dirasai kawasan tempat tinggal saya di Port Klang, org lain semua bertaburan lari menyelamatkan diri, saya plak masih terlekat kat katil... tdo mati!Begitulah.... Tapi itu dulu... sekarang apabila usia semakin matang, barulah saya sedar nikmat di sebalik bangun pagi. selain badan menjadi segar minda pun terasa lapang dan tenang. Di waktu pagi, banyak perkara yang boleh kita nampak betapa besarnya kuasa Allah. Banyak perkara yang kita boleh buat. Dan saya dengar ceramah, kata ustaz, berpagi-pagilah kamu kerana waktu pagilah malaikat akan turun memberi rezeki. Tetapi pada mereka yang masih diulit mimpi sampai dinihari, rezeki mereka mungkin tersekat. Ya memang saya rasai ini semua! Rahmat di sebalik bangun pagi. Alhamdullilah, rezeki saya semakin murah dan sentiasa dimudahkan Allah dalam segala urusan! Banyak manfaat yang boleh saya lakukan di waktu pagi. Selain rasa segar menghirup udara pagi, minda pun dapat melahirkan inspirasi. Berbeza tika saya alami masa dulu. Dalam usia semakin singkat, alangkah baiknya kita tidak menghabiskan masa dengan perkara yang merugikan... alangkah baiknya setiap dari kita sentiasa memikirkan & melakukan perkara yang positif dan memberi manfaat serta ganjaran di dunia & di akhirat........

SIBUK! SIBUK!

Kesibukan dengan tugas harian buat saya tidak punya masa nak update blog ni. Tapi akan datang, saya mungkin akan perbaiki kelemahan serta kekurangan yang ada dalam blog ini. Saya pun sedang sedaya upaya mengemaskinikan blog agar tampak kemas dan menarik dengan menambah apa saja bahan yang dirasakan sesuai. Kepada sesiapa yang sudi menyinggah ke sini diucap terima kasih dan berilah cadangan supaya kita semua dapat manfaatkannya bersama. Bounce

Selasa, 16 Jun 2009

INILAH KERETA IDAMANKU!

Sudah lama saya mengidam untuk memiliki salah satu kereta yang menjadi kegemaran saya. Selain memiliki ciri-ciri sporty, urban, lasak.... ia juga tampak hebat bergaya. Mmmm moga-moga impian untuk memiliki salah satu kereta ini bakal tercapai..........

hati-hati

Saya masih tercari-cari peluang untuk buat duit. Sudah banyak program kewangan yang saya sertai, namun semuanya indah khabar dari rupa. Apabila wang sudah dibayar, akhirnya saya terkial-kial sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka bagaikan 'lepas tangan'. Oleh itu saya mahu anda semua berhati-hati jika berurusan secara online.