Rabu, 27 Januari 2010

SELAMAT TAHUN 2010!

MASYAALLAH! HARI NI SUDAH 27 HARI KITA MEMASUKI TAHUN 2010! RASANYA BELUM TERLAMBAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BAHARU 2010! CEPATNYA MASA BERLALU! SEDAR TAK SEDAR SUDAH AGAK LAMA SAYA TIDAK AKTIF DALAM BLOG INI. SEJAK BERJINAK-JINAK DENGAN FACEBOOK SAYA TINGGALKAN SEMUANYA! FACEBOOK YANG LEBIH PANTAS DAN CANGGIH! NAMUN SAYA TIDAK BOLEH MENAFIKAN KEHEBATAN BLOG YANG BANYAK MEMBANTU SAYA DARI SEMUA SUDUT. KEDATANGAN 2010 DISAMBUT DENGAN DERAIAN AIR MATA KERANA KITA KEHILANGAN BEBERAPA BEKAS TOKOH NEGARA, PEMIMPIN DAN SULTAN JOHOR YANG TELAH KEMBALI MENGHADAP MAHA PENCIPTA. KESEMPATAN INI SAYA AMBIL UNTUK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA MEREKA. AL-FATIHAH. PADA MASA SAMA, TAHUN BAHARU JUGA DISAMBUT DENGAN KHABAR MENYAKITKAN HATI APABILA ISU KALIMAH ALLAH TELAH MENGUNDANG PELBAGAI REAKSI NEGATIF HINGGA MEMBAWA KEPADA INSIDEN KEBAKARAN BEBERAPA BUAH GEREJA DAN SURAU. HARAP-HARAPNYA ISU INI SEGERA DISELESAIKAN. GULA DAN ROKOK DINAIKKAN TURUT MENDAPAT PELBAGAI REAKSI RAKYAT JELATA. ADA YANG MARAH, SOKONG, SETUJU, GERAM, MELENTING DAN MACAM-MACAM LAGI. PADA SAYA, GULA DAN ROKOK WAJAR DINAIKKAN BAGI MENGURANGKAN PENGGUNAANNYA KERANA NYATA TIDAK MEMBERI MANFAAT TERHADAP KESIHATAN DIRI. SAYA RASA SUDAH TIBA MASANYA, ROKOK DIHARAMKAN DI NEGARA INI.
APA PUN HARAP, TAHUN 2010 MEMBAWA SINAR KEBAHAGIAAN KEPADA KITA SEMUA! JUMPA LAGI......

Khamis, 12 November 2009

BAHANA FACEBOOK

Salam : Agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini sejak beralih arah ke FACEBOOK, laman sosial yang cukup popular di masakini. Khabarnya pengguna di Malaysia saja dikatakan mencecah satu juta orang menjadi ahlinya. Facebook mampu membuat ramai yang terleka, teruja, terbabas dalam melaksanakan tanggungjawab. Sebagai pengguna yang aktif, saya akui Facebook merupakan laman sembang yang cukup sempurna dari setiap sudut. Semuanya ada. Namun, 'kesempurnaan' itulah yang adakala membuat pengguna terus dihanyutkan deras kelekaan hingga mengabaikan tugasan yang diamanahkan. Terleka dengan pelbagai aplikasi, permainan, kuiz, iklan, maklumat dan segala macam benda, malah tidak ketinggalan 'sampah sarap' yang cukup menyemakkan mata turut terlambak di ruang laman ini. Semakin ramai rakan, maka semakin banyaklah segala macam bahana yang ada. Namun, seharusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana Facebooklah saya telah bertemu semula rakan taulan yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Bayangkan sudah berbelas malah ada yang dua puluh tahun tidak bertemu hingga rauf wajah sudah berubah, ada yang sudah punya anak bujang, bertemu di alam maya! Jadi, sebagai pengguna yang bijak, saya nasihatkan anda gunakanlah ia sebagai satu saluran untuk tujuan yang murni, positif dan biarlah ia membawa ke arah kebaikan. Saya rasa eloklah kiranya andan membaca blog ini yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.... apa-apa pun itu semua terserah kepada anda semua! http://saifulislam.com/?p=6714

Sabtu, 22 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK!

Salam : Kesibukan dengan lambakan kerja membataskan saya untuk mengemaskinikan blog ini setiap hari. Alhamdullilah, pada hari pertama menyambut Ramadan pada hari ini, barulah ada sedikit kelapangan untuk menulis.
Sepanjang tempoh saya tidak menjergah blog ini, banyaklah perkara yang berlaku, namun sayangnya tidak sempat saya tintakannya di sini. Baru-baru ini, kita kehilangan lagi seorang insan yang cukup istimewa dalam dunia seni.
Ustaz Asri, vokalis Rabbani meninggal dunia setelah pengsan semasa mengadakan satu sesi rakaman di RTM. Pemergian arwah Ustaz Asri dilihat sebagai satu kehilangan besar dalam dunia nasyid, namun Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah... dan salam takziah buat keluarga arwah... semoga lebih tabah melalui kehidupan...
Selang beberapa hari kemudian, pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda menggemparkan peminat dunia seni. Rata-rata ramai berasa marah dan mencaci pasangan ini yang dikatakan memutarbelitkan cerita tentang hubungan istimewa mereka berdua sebelum ini.
Bukan itu sahaja, pihak media dituduh cuba mengada-adakan cerita. Sekarang, mereka sendiri yang membuka pekung sendiri! Kebanyakan melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap Akhil dan Waheeda apatah lagi mereka dilabel sebagai 'Selebriti Islamik'.
Jadi, kita lupakanlah tentang pasangan ini. Biarlah mereka membina hidup sendiri. Biarlah mereka dengan cara hidup mereka. Biarlah...! Hanya Allah saja tahu apa yang berlaku di antara mereka.
Kita jergah pula peristiwa semasa. Di Taiwan, berlaku ribut Kalmaegi meragut begitu ramai nyawa. Ribut ini amat dashyat seumpama tsunami. HINI pula terus mengganas dan meragut nyawa manusia setiap hari.
Di Malaysia, walaupun, kadar kematian masih peringkat rendah, namun langkah berjaga-jaga sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan. Malangnya, ramai kalangan kita masih memandang remeh tentang ini dengan tidak menggunakan topeng muka kala berada di kawasan awam. Kesedaran tentang bahaya HINI masih di tahap rendah. Sewajarnya pemakaian topeng muka perlu diwajibkan setiap kita agar dapat mengurangkan gejalanya.
Di Permatang Pasir pula, calon bertanding pada pilihanraya kecil ini sedang rancak mengadakan kempen masing-masing. Apa yang diharapkan, di bulan mulia ini kita berlaku persengketaan sesama umat Islam.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan jalanilah ibadah puasa dengan jiwa yang tenang, sabar, insaf dan sentiasa mencari keredhaanNya.
Hak milik KliK suRia

Isnin, 10 Ogos 2009

TAHNIAH!

Salam. Kesibukan dengan kerja harian membataskan saya untuk mengemaskini blog ni. Ok lah saya ingin mengucapkan tahniah kepada Norman Kru yang akhirnya selamat dinikahkan dengan pasangannya iaitu Shirin.... Tahniah juga kepada pemenang FFM yang berlangsung pada sabtu lepas di Kota Kinabalu, Sabah. Tahniah kepada Afdlin Shauki yang menang banyak anugerah termasuk filem Papadom! Tak lupa juga kepada keluarga Arwah Yasmin Ahmad yang menang dua anugerah. Saya terasa sedih bila adik arwah Datin Orked memberi ucapan. Apa pun, yang pergi tetap pergi..... Ok itu saja nampaknya untuk hari ini....

Sabtu, 1 Ogos 2009

MANFAATKAN IT KE ARAH POSITIF

Salam. Setiap hari saya mengikuti perkembangan semasa di Facebook, youtube, emel, blog, portal dan sebagainya. Ada macam-macam coretan. Kelakar, sedih, marah, serius... sudah menjadi asam garam. Ada juga menggunakan kemudahan IT ini untuk mempromosi bisnes, ada yang sebarkan pelbagai info terkini dan macam-macam lagi. Kalau yang baik ok lah. Kita sama-sama jadikan teladan dan dapat manfaatnya. Gunakan kemudahan ini untuk sesuatu yang baik. Namun ada juga rakan di IT menyalahgunakan untuk tujuan tidak sewajarnya seperti menghentam atau memberi komen-komen negatif pada rakan yang lain. Malah ada yang tergamak menyebarkan berita palsu atau bahan-bahan porno. Mereka ini adalah 'pengacau' kepada ketenangan orang lain. Golongan ini sebenarnya tidak senang melihat orang lain bahagia atau gembira. Kita boleh melabelkan golongan ini sebagai manusia yang sakit. "Sakit jiwa"! Mereka ini ibarat seperti pesakit yang perlukan rawatan. Oleh itu, saya harap mereka yang rasa jiwanya sakit, segeralah jumpa dengan doktor sakit jiwa! Kerana sebilangan manusia yang kurang bijak atau dalam bahasa kasarnya 'bodoh' ini, internet dianggap merosakkan minda generasi muda! Sebenarnya, internet tidak merosakkan malah memberi banyak kelebihan dari segi ilmu pengetahuan, kepantasan mencari bahan, info terkini dan sebagainya. Bak kata orang, kalau kita anggap ia baik, maka baiklah ia. Tapi kalau kita anggap buruk, maka buruklah ia... Begitulah. Menyentuh tentang IT ini, saya tertarik dengan beberapa rakan saya yang menjadikan internet sebagai alternatif untuk mempromosi bisnes mereka. Sambil kita mengeratkan silahturahim, kita boleh tambah pendapatan sampingan. Bukankah itu positif dan bagus? Anda juga boleh manfaatkan kegunaan IT ini untuk sebarang info atau perkara-perkara yang baik... Jadi, jangan sesekali menyalahgunakan kemudahan ini. Fikirkanlah keberkesanannya dalam kehidupan harian kita ini. Fikir jangan tak fikir!!!!