Sabtu, 1 Ogos 2009

MANFAATKAN IT KE ARAH POSITIF

Salam. Setiap hari saya mengikuti perkembangan semasa di Facebook, youtube, emel, blog, portal dan sebagainya. Ada macam-macam coretan. Kelakar, sedih, marah, serius... sudah menjadi asam garam. Ada juga menggunakan kemudahan IT ini untuk mempromosi bisnes, ada yang sebarkan pelbagai info terkini dan macam-macam lagi. Kalau yang baik ok lah. Kita sama-sama jadikan teladan dan dapat manfaatnya. Gunakan kemudahan ini untuk sesuatu yang baik. Namun ada juga rakan di IT menyalahgunakan untuk tujuan tidak sewajarnya seperti menghentam atau memberi komen-komen negatif pada rakan yang lain. Malah ada yang tergamak menyebarkan berita palsu atau bahan-bahan porno. Mereka ini adalah 'pengacau' kepada ketenangan orang lain. Golongan ini sebenarnya tidak senang melihat orang lain bahagia atau gembira. Kita boleh melabelkan golongan ini sebagai manusia yang sakit. "Sakit jiwa"! Mereka ini ibarat seperti pesakit yang perlukan rawatan. Oleh itu, saya harap mereka yang rasa jiwanya sakit, segeralah jumpa dengan doktor sakit jiwa! Kerana sebilangan manusia yang kurang bijak atau dalam bahasa kasarnya 'bodoh' ini, internet dianggap merosakkan minda generasi muda! Sebenarnya, internet tidak merosakkan malah memberi banyak kelebihan dari segi ilmu pengetahuan, kepantasan mencari bahan, info terkini dan sebagainya. Bak kata orang, kalau kita anggap ia baik, maka baiklah ia. Tapi kalau kita anggap buruk, maka buruklah ia... Begitulah. Menyentuh tentang IT ini, saya tertarik dengan beberapa rakan saya yang menjadikan internet sebagai alternatif untuk mempromosi bisnes mereka. Sambil kita mengeratkan silahturahim, kita boleh tambah pendapatan sampingan. Bukankah itu positif dan bagus? Anda juga boleh manfaatkan kegunaan IT ini untuk sebarang info atau perkara-perkara yang baik... Jadi, jangan sesekali menyalahgunakan kemudahan ini. Fikirkanlah keberkesanannya dalam kehidupan harian kita ini. Fikir jangan tak fikir!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.