




Salam : Kesibukan dengan lambakan kerja membataskan saya untuk mengemaskinikan blog ini setiap hari. Alhamdullilah, pada hari pertama menyambut Ramadan pada hari ini, barulah ada sedikit kelapangan untuk menulis.
Sepanjang tempoh saya tidak menjergah blog ini, banyaklah perkara yang berlaku, namun sayangnya tidak sempat saya tintakannya di sini. Baru-baru ini, kita kehilangan lagi seorang insan yang cukup istimewa dalam dunia seni.
Ustaz Asri, vokalis Rabbani meninggal dunia setelah pengsan semasa mengadakan satu sesi rakaman di RTM. Pemergian arwah Ustaz Asri dilihat sebagai satu kehilangan besar dalam dunia nasyid, namun Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah... dan salam takziah buat keluarga arwah... semoga lebih tabah melalui kehidupan...
Selang beberapa hari kemudian, pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda menggemparkan peminat dunia seni. Rata-rata ramai berasa marah dan mencaci pasangan ini yang dikatakan memutarbelitkan cerita tentang hubungan istimewa mereka berdua sebelum ini.
Bukan itu sahaja, pihak media dituduh cuba mengada-adakan cerita. Sekarang, mereka sendiri yang membuka pekung sendiri! Kebanyakan melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap Akhil dan Waheeda apatah lagi mereka dilabel sebagai 'Selebriti Islamik'.
Jadi, kita lupakanlah tentang pasangan ini. Biarlah mereka membina hidup sendiri. Biarlah mereka dengan cara hidup mereka. Biarlah...! Hanya Allah saja tahu apa yang berlaku di antara mereka.
Kita jergah pula peristiwa semasa. Di Taiwan, berlaku ribut Kalmaegi meragut begitu ramai nyawa. Ribut ini amat dashyat seumpama tsunami. HINI pula terus mengganas dan meragut nyawa manusia setiap hari.
Di Malaysia, walaupun, kadar kematian masih peringkat rendah, namun langkah berjaga-jaga sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan. Malangnya, ramai kalangan kita masih memandang remeh tentang ini dengan tidak menggunakan topeng muka kala berada di kawasan awam. Kesedaran tentang bahaya HINI masih di tahap rendah. Sewajarnya pemakaian topeng muka perlu diwajibkan setiap kita agar dapat mengurangkan gejalanya.
Di Permatang Pasir pula, calon bertanding pada pilihanraya kecil ini sedang rancak mengadakan kempen masing-masing. Apa yang diharapkan, di bulan mulia ini kita berlaku persengketaan sesama umat Islam.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan jalanilah ibadah puasa dengan jiwa yang tenang, sabar, insaf dan sentiasa mencari keredhaanNya.
Hak milik KliK suRia