Salam. baru sebentar tadi saya menerima emel dari Irma, rakan PR dari TV3. Irma memaklumkan filem Mukhsin akan ditayangkan di TV3 pada 1 Ogos (Sabtu) pada jam 10 malam iaitu selepas siaran Majalah 3 edisi khas "Yasmin Dalam Kenangan" dengan judul Pewarisan Yasmin Ahmad. Penyiaran filem Mukhsin sebagai tanda penghormatan terhadap arwah yang dikenali sebagai insan seni kreatif. Karya-karya arwah kebanyakannya melambangkan perpaduan, kasih sayang dan kejujuran. Ketika hayat, arwah dilihat sebagai seorang insan yang sangat jujur dan bersikap terbuka dalam menterjemahkan kehidupan realiti masyarakat negara ini. Biarpun, diasak kontroversi, namun beliau tetap teguh dan tegas dengan pendiriannya. Jadi, jangan lupa saksikan hasil 'buah tangan' arwah Yasmin Ahmad ini sambil kita hayati maksud yang ingin disampaikannya - Al-Fatihah.

Poster filem Mukhsin. Filem ini mendapat beberapa anugerah antarabangsa.

Salah satu babak dalam filem Mukhsin yang membabitkan dua
pelakon berbakat Aryana dan Mohd Syafie Naswip.

Watak "Mukhsin" membawa tuah kepada Mohd Syafie Naswip apabila memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak di Festival Filem Malaysia tahun 2007 di Pulau Pinang. Kini Syafie menjadi salah seorang pelakon remaja lelaki popular.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.