Assalammualaikum! Salam sejahtera dan salam perkenalan buat anda semua. Saya mengalu-alukan segala pendapat, cadangan, kritikan membina dan apa saja yang boleh kita kongsi bersama demi kebaikan semua...
Khamis, 12 November 2009
BAHANA FACEBOOK
Salam : Agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini sejak beralih arah ke FACEBOOK, laman sosial yang cukup popular di masakini. Khabarnya pengguna di Malaysia saja dikatakan mencecah satu juta orang menjadi ahlinya. Facebook mampu membuat ramai yang terleka, teruja, terbabas dalam melaksanakan tanggungjawab. Sebagai pengguna yang aktif, saya akui Facebook merupakan laman sembang yang cukup sempurna dari setiap sudut. Semuanya ada. Namun, 'kesempurnaan' itulah yang adakala membuat pengguna terus dihanyutkan deras kelekaan hingga mengabaikan tugasan yang diamanahkan. Terleka dengan pelbagai aplikasi, permainan, kuiz, iklan, maklumat dan segala macam benda, malah tidak ketinggalan 'sampah sarap' yang cukup menyemakkan mata turut terlambak di ruang laman ini. Semakin ramai rakan, maka semakin banyaklah segala macam bahana yang ada. Namun, seharusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana Facebooklah saya telah bertemu semula rakan taulan yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Bayangkan sudah berbelas malah ada yang dua puluh tahun tidak bertemu hingga rauf wajah sudah berubah, ada yang sudah punya anak bujang, bertemu di alam maya! Jadi, sebagai pengguna yang bijak, saya nasihatkan anda gunakanlah ia sebagai satu saluran untuk tujuan yang murni, positif dan biarlah ia membawa ke arah kebaikan. Saya rasa eloklah kiranya andan membaca blog ini yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.... apa-apa pun itu semua terserah kepada anda semua! http://saifulislam.com/?p=6714
Langgan:
Catatan (Atom)